Pendidikan & latihan Berasaskan STEM · AI

Faham lebih dalam.Melangkah lebih yakin.

Mulya Academy membina laluan pembelajaran berasaskan STEM dan AI — bermula dengan pusat tuisyen di Sungai Besar, dan berkembang ke bengkel, program sekolah serta latihan untuk pendidik dan organisasi.

2024Mula beroperasi
3Cabang Mulya
8Bidang perkhidmatan
Tatal
Makmal  Cuba sendiri

Cabaran Minda 60 saat.

Lima soalan pantas — Matematik, Sains, Logik dan AI — ikut peringkat anak anda. Setiap jawapan disertakan penjelasan, dan di hujungnya anda dapat gambaran kekuatan serta cadangan langkah seterusnya.

  • 1Pilih peringkatTahun 4–6 · Tingkatan 1–3 · Tingkatan 4–5
  • 2Jawab 5 soalan60 saat · ada penjelasan "kenapa"
  • 3Lihat keputusanKekuatan ikut topik + cadangan Mulya

Cabaran ringkas untuk keseronokan dan gambaran awal — bukan ujian diagnostik rasmi.

Cabaran Minda Mulya5 soalan · 60 saat
Rajah 1 — Soalan dipilih secara rawak setiap kali dicuba.Matematik · Sains · Logik · AI
§01Perkhidmatan

Mulya untuk siapa?

Pilih yang paling dekat dengan anda. Setiap kad menunjukkan apa yang Mulya boleh bantu — yang sudah berjalan dan yang sedang kami bina.

bukan sekadar
pusat tuisyen ;)

Ibu bapa & pelajar

Kukuhkan asas Sains dan Matematik, dan bina keyakinan anak.

  • Tuisyen Sains & Matematik (Tahun 4 – Tingkatan 5)
  • Bengkel intensif & kelas hafalan sifir
  • Kelas STEM & literasi AI
Lihat kelas tuisyen

Guru & pendidik

Guna AI dengan selamat untuk memudahkan kerja mengajar.

  • Modul & bahan pengajaran
  • Latihan AI untuk rancangan pengajaran
  • Bahan & pentaksiran berbantu AI
Daftar minat

Sekolah & agensi

Program pendidikan yang dirancang bersama pihak anda.

  • Bengkel intensif di sekolah
  • Program & pertandingan STEM
  • Kem STEM cuti sekolah
Minta cadangan program

Syarikat & komuniti

Celik AI untuk staf, koperasi, NGO dan masyarakat setempat.

  • Literasi AI untuk staf
  • AI untuk kerja pejabat & keselamatan data
  • Program komuniti bersama Mulya
Minta cadangan
Petunjuk: Ditawarkan sekarang Atas permintaan Akan datang Semua perkhidmatan
Pelajar menulis jawapan di papan putih sambil diperhatikan rakan
berani cuba di depan kelas
Pengajar membimbing pelajar menyiapkan latihan
tanya sampai faham
§02  Cara kami mengajar

Tiga bab yang kami ulang dalam setiap sesi.

  1. Faham konsep

    Bukan hafal tanpa mengerti. Setiap topik bermula dengan "kenapa", kemudian baru "bagaimana".

  2. Berani mencuba

    Latihan terarah, soal jawab di papan putih dan projek — salah itu sebahagian daripada belajar.

  3. Teknologi dengan nilai

    AI dan teknologi digunakan secara kritis dan bertanggungjawab, sebagai alat berfikir — bukan jalan pintas.

§03STEM & AI

AI tidak "tahu". Ia meneka.

sebab itu kita
ajar semak fakta

Model bahasa seperti ChatGPT memilih perkataan seterusnya berdasarkan kebarangkalian. Bila pelajar faham cara ia berfungsi, mereka tahu bila boleh percaya — dan bila perlu menyemak.

  • 01

    Fikir dahulu

    Cuba sendiri sebelum bertanya kepada AI.

  • 02

    Semak fakta

    Setiap jawapan AI disemak dengan buku teks atau pengajar.

  • 03

    Ayat sendiri

    Hasil kerja ditulis semula dengan faham, bukan disalin.

  • 04

    Diawasi pengajar

    Penggunaan AI sentiasa dipantau dan privasi pelajar dijaga.

Rajah 2 · ramalan tokensedia
Bar = kebarangkalian setiap calon perkataan. Model memilih yang paling tinggi.
Rajah 2 — Simulasi ringkas untuk tujuan pengajaran.Bukan output model sebenar
§04Pusat Tuisyen Cahaya Mulia

Pilih orbit untuk anak anda.

Kelas tambahan 2026 dalam kumpulan kecil, Tahun 4 hingga Tingkatan 5. Pilih pakej bulanan ikut bilangan subjek dan jam — bermula RM55 sebulan.

Semua tentang tuisyen

Pakej Meteor — bayaran seikhlas hati. Had 4 orang sahaja setiap sesi, supaya yuran tidak menjadi penghalang untuk belajar.

Tanya kekosongan
§06Dari bilik darjah

Bukti, bukan hiasan.

foto sebenar,
kelas sebenar

Kelas Mulya dengan skrin pembelajaran
Bilik darjah01
Pelajar dalam kelas intensif hafalan sifir
Hafalan sifir02
Peserta Bengkel Algebra bergambar beramai-ramai
Bengkel Algebra03
Aktiviti santai pelajar dengan belon berwarna
Aktiviti04
Bengkel di dewan dengan ramai peserta
Bengkel di dewan05
Modul Bengkel Algebra tersusun di atas meja
Modul sendiri06
Pelajar sekolah rendah membuat latihan
Tahun 4–607
Pelajar dan pengajar bergambar bersama
Keluarga Mulya08
§07Soalan lazim

Soalan yang selalu ditanya.

S.01Adakah Mulya Academy hanya pusat tuisyen?
Tidak. Pusat Tuisyen Cahaya Mulia ialah perkhidmatan pertama kami. Mulya Academy ialah organisasi pendidikan dan latihan berasaskan STEM dan AI yang turut menganjurkan bengkel, program bersama sekolah dan agensi, menyediakan bahan pembelajaran, dan sedang membangunkan latihan AI untuk pelajar, pendidik dan organisasi.
S.02Bolehkah sekolah atau syarikat menjemput Mulya?
Boleh. Hubungi kami melalui WhatsApp atau borang di halaman Hubungi dengan maklumat peserta, objektif dan tarikh cadangan. Kami akan sediakan cadangan program yang sesuai.
S.03Adakah anak saya akan menggunakan AI dalam kelas tuisyen?
Program AI masih dalam pembangunan. Apabila dilancarkan, AI digunakan sebagai alat berfikir di bawah pengawasan pengajar — pelajar diajar menyemak fakta dan menulis dengan ayat sendiri.
S.04Di mana lokasi Mulya Academy?
Lot 1-04 & 1-05, Bangunan Arked MARA Sungai Besar, Jalan Pasar, 45300 Sungai Besar, Selangor. Program untuk sekolah dan organisasi boleh dijalankan di lokasi pelanggan.
S.06Berapakah yuran tuisyen?
Pakej bulanan 2026: Asteroid RM55, Orbit RM98, Suria RM98 dan Galaksi RM180. Pakej Meteor pula bayaran seikhlas hati, terhad 4 orang setiap sesi. Yuran pendaftaran RM60 bagi setiap pelajar dibayar semasa mendaftar. Butiran penuh di halaman Tuisyen.

Mari bina sesuatu bersama.

Ibu bapa, pendidik, sekolah atau organisasi — beritahu kami apa yang anda perlukan.