Tentang kamiSejak 2024Sungai Besar

Pendidikan & latihan, berteraskan nilai.

Mulya Academy ialah organisasi pendidikan dan latihan bersepadu berasaskan STEM dan AI — memperkasakan pelajar, pendidik dan komuniti melalui pembelajaran akademik, latihan kemahiran serta program pendidikan.

Dr. Musdalilah Ahmad Salim, pengasas Mulya Academy Rajah 1 · Pengasas

dari bilik mesyuarat ke pusat berdaftar

§01  Pengasas

Dr. Musdalilah Ahmad Salim

Pengasas & Pengarah, Mulya Academy · di bawah naungan Mulya Empire

  • BSc & MScSains Fizik · UTM Skudai
  • PhDKejuruteraan · UNITEN Putrajaya
  • PensyarahKolej swasta
  • Guru Panitia FizikMembimbing pelajar SPM

Dr. Musdalilah memiliki latar belakang akademik yang kukuh dalam bidang STEM. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di kolej swasta, mengajar di sekolah menengah, serta dilantik sebagai Guru Panitia Fizik untuk membimbing pelajar SPM.

Gabungan kepakaran akademik, pengalaman mengajar dan visi pembangunan pendidikan menjadikan beliau penggerak utama Mulya Academy — bukan sahaja sebagai pusat tuisyen, tetapi sebagai platform pembangunan ilmu dan kemahiran untuk pelajar dan masyarakat secara menyeluruh.

Pengasas, pengajar dan pelajar Mulya Academy bergambar bersama
satu keluarga besar
Pengajar dan pelajar dalam kelas Mulya
tempat semuanya bermula
§02  Sejarah

Bermula dengan satu kelas. Dibina untuk lebih.

Mulya Academy lahir daripada keprihatinan terhadap penurunan prestasi akademik pelajar, khususnya dalam Sains dan Matematik.

Pendekatan yang menekankan kefahaman konsep, interaksi dua hala dan suasana belajar yang kondusif memberi impak positif kepada pelajar. Sambutan ibu bapa dan komuniti setempat mendorong kami mengembangkan inisiatif ini secara lebih tersusun dan profesional.

Cuti sekolah, awal 2024

Kelas kecil di bilik mesyuarat

Kelas tuisyen kecil-kecilan di bilik mesyuarat pejabat untuk anak-anak sendiri dan rakan mereka — mengisi cuti sekolah dengan pembelajaran yang berfokus.

2024

Pusat Tuisyen Cahaya Mulia

Inisiatif pertama Mulya Academy ditubuhkan secara rasmi — pembelajaran akademik yang sistematik dan berdaftar di Arked MARA Sungai Besar.

Seterusnya

Bengkel, program & bahan

Bengkel Algebra, Teknik Menjawab UASA Sains, kelas hafalan sifir, program bersama rakan dan Kedai Mulya.

Hala tuju

Syarikat pendidikan & latihan STEM dan AI

Kelas dan kem STEM, literasi AI, latihan untuk pendidik dan organisasi, serta kelas dalam talian.

§03Struktur

Tiga cabang, satu misi.

Semua perkhidmatan
PTCM

Pusat Tuisyen Cahaya Mulia

Pembelajaran akademik berdaftar dan sistematik untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

PKM

Pusat Kemahiran Mulya

Latihan dan bengkel pembangunan kemahiran — termasuk STEM dan AI — untuk pelajar, pendidik dan organisasi.

IPSM

Inisiatif Pendidikan & STEM Mulya

Program, pertandingan dan inisiatif pendidikan bersama sekolah, komuniti dan agensi.

§04Visi & misi

Melahirkan individu berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Visi

Menjadi organisasi pendidikan dan latihan berimpak tinggi yang melahirkan individu berilmu, berkemahiran dan berdaya saing di peringkat nasional.

Misi
  • Menyediakan pembelajaran akademik berkualiti melalui pusat tuisyen berdaftar dan sistematik.
  • Melaksanakan program pendidikan, STEM dan AI yang merangsang pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
  • Menganjurkan latihan dan bengkel peningkatan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa.
  • Membina kerjasama strategik bersama sekolah, komuniti dan agensi untuk memperluas impak pendidikan.
  • Membentuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pelajar dan masyarakat.
§05Pasukan kami

Orang di sebalik setiap kelas.

Carta organisasi Mulya Academy

Dr. Musdalilah Ahmad SalimPengarah
Qhairun NajahJualan & Pemasaran
Noor WardahEksekutif Pemasaran Digital & Komunikasi
Muhammad HilmiPencipta Kandungan Kreatif Digital
RozianaSumber Manusia
AmiraAkauntan
Muhammad ZakuanOperasi
Nor IzzatiPenyelaras Operasi & Penjadualan
NorhafizahEksekutif Sistem (CRM)
§06Guru kami

Pengajar yang ajar sampai faham.

Lihat kelas tuisyen
Dr. Musdalilah Ahmad SalimG-01

Dr. Musdalilah Ahmad Salim

  • Pengarah
Muhammad Suafiq ZairenG-02

Muhammad Suafiq Zairen

  • Matematik
Nurul FarhanaG-03

Nurul Farhana

  • Sains
  • Matematik
  • Bahasa Arab
Iman Aufa SofeaG-04

Iman Aufa Sofea

  • Sains
  • Matematik
  • Bahasa Arab
Luqman Alif SyauqiG-05

Luqman Alif Syauqi

  • Bahasa Inggeris
Mohamed Emir AliffG-06

Mohamed Emir Aliff

  • Sains
  • Biologi
Najatul AmiraG-07

Najatul Amira

  • Matematik
§07Strategi

Bagaimana kami bekerja.

01

Berpusatkan peserta

Kaedah disesuaikan dengan keperluan setiap pelajar dan peserta latihan.

02

Fokus kandungan

Modul tersusun selari dengan silibus terkini dan keperluan industri.

03

Teknologi & inovasi

Mengintegrasikan teknologi pendidikan dan AI secara bertanggungjawab.

04

Penglibatan komuniti

Bekerjasama dengan ibu bapa, sekolah dan agensi untuk sokongan holistik.

05

Pembangunan berterusan

Latihan profesional berterusan untuk para pendidik kami.

06

Nilai dahulu

Ilmu yang dibina atas adab, amanah dan rasa tanggungjawab.

Jom berkenalan.

Lawati pusat kami di Arked MARA Sungai Besar, atau jemput kami ke sekolah dan organisasi anda.