PendekatanSTEM · AIUntuk semua umur

Ilham. Cipta. Nyata.

Di Mulya, STEM bermaksud menggunakan Sains dan Matematik untuk membina sesuatu yang sebenar. AI pula ialah alat berfikir — digunakan secara kritis, beretika dan di bawah pengawasan pengajar.

program STEM & AI sedang dibangunkan
§AKitaran Mulya

Setiap projek melalui lima fasa.

Kitaran reka bentuk kejuruteraan yang sama digunakan oleh jurutera sebenar — disesuaikan untuk bilik darjah.

gagal pun
dikira data

  1. Tanya

    Apa masalahnya? Apa yang kita sudah tahu daripada Sains dan Matematik?

  2. Reka

    Lakar idea, buat ramalan, pilih bahan dan rancang langkah.

  3. Bina

    Hasilkan prototaip — litar, model, kod atau eksperimen.

  4. Uji

    Ukur, rekod data, bandingkan dengan ramalan. Gagal? Itu data.

  5. Kongsi

    Terangkan dengan ayat sendiri kepada rakan, guru atau ibu bapa.

§BLiterasi AI

Faham cara AI meneka, sebelum mempercayainya.

Rajah B1 · ramalan tokensedia
Bar = kebarangkalian setiap calon perkataan. Model memilih yang paling tinggi.
Rajah B1 — Simulasi ringkas untuk tujuan pengajaran.Bukan output model sebenar
Ikrar AI Mulya

Empat prinsip yang kami pegang setiap kali AI digunakan dalam pembelajaran — untuk pelajar, pendidik dan organisasi.

  • 01

    Fikir dahulu

    Cuba sendiri sebelum bertanya kepada AI.

  • 02

    Semak fakta

    Setiap jawapan AI disemak dengan sumber atau pengajar.

  • 03

    Ayat sendiri

    Hasil kerja ditulis semula dengan faham, bukan disalin.

  • 04

    Diawasi & dilindungi

    Penggunaan AI dipantau dan data peribadi tidak dimasukkan ke dalam AI.

§CTrek cadangan

Satu pendekatan, ikut tahap peserta.

Format, tempoh dan yuran akan diumumkan apabila setiap program dilancarkan.

Tahun 4–6

Penjelajah STEM

Eksperimen ringkas, litar asas dan permainan logik untuk membina rasa ingin tahu.

Tingkatan 1–3

Pembina

Robotik pemula, pengaturcaraan blok dan sensor — menghubungkan bab Sains dengan projek.

Tingkatan 4–5

Inovator

Pengaturcaraan teks, analisis data ringkas dan literasi AI untuk projek dan pertandingan.

Pendidik

Guru Celik AI

AI untuk rancangan pengajaran, bahan, pentaksiran dan polisi bilik darjah.

Organisasi

AI di Tempat Kerja

Literasi AI, produktiviti dan keselamatan data untuk staf dan komuniti.

Ibu bapa

Ibu Bapa & AI

Memahami alat AI yang digunakan anak — dan cara membimbing mereka di rumah.